By: Megapixel Project

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 15-Nov-2006 13:31 Email | Share | | Bookmark
Declaration

 
Rasanya...gambar ini sudah dapat menceritakan segala-galanya (bagi sesiapa yang tahu). Setelah setahun organisasi ini bersama, kini sampailah masanya untuk ia dibubarkan. Kepada ex-members, ribuan terima kasih diucapkan, banyak pengetahuan berguna diperolehi semasa kumpulan ini masih aktif. Ilmu yang bermanfaat, terutama dalam falsafah fotografi, teknik penggunaan dalam perisian suntingan imej, telah banyak membantu dalam memperbaiki hasil kerja kami. Sumbangan idea, masa, kerjasama, tenaga, kongsi peralatan malah wang ringgit sangat-sangat dihargai. Kini, sudah tibalah masa untuk kami membawa haluan masing-masing. Sebagai orang yang mengasaskan kumpulan ini, kini saya dengan berat hati mengumumkan pembubarannya. Maaf kerana keputusan yang mengejut dan tidak mengejutkan ini.

Kepada rakan-rakan fotopages di luar sana yang pernah merasai pengalaman bersama-sama kumpulan ini, ribuan terima kasih juga diucapkan atas sumbangan kalian. Gambar-2 kalian masih kekal di dalam setiap entry fotopages ini. Bolehlah tatap gambar-2 kalian bila-bila masa selagi webmaster fotopages ini wujud.

Kepada rakan -2 fotopages yang lain, terima kasih juga kerana sokongan moral yang ikhlas kepada kumpulan ini, komen & kritik dari kalian sangat berharga bagi kumpulan ini. Kalian masih boleh melawat laman-laman individu ex-members yang tersenarai di sebelah kiri laman ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Mr. Fami, Mr. Halim (otai), Vision Photo Studio & semua staffnya (Ipoh Digital Lab),
Mr. Ramesh (Sunway), Miss Zalilah (Sunway), Mr. Razmi (Carsem), Puan Liza (BnR Boutique), Fairuz (Butik Manjoi) dan lain-2 yang tidak disebutkan di sini...kerana anda (dan dgn kehendakNya), MEGAPIXEL PROJECT dapat bergerak maju. Tidak lupa terima kasih kepada rakan-2 yang juga pesaing kami, kumpulan LanCreative iaitu Mr. Ramlan & Mr. Azlan, Waq (jangguttouch), Naqi, Fami...kerana persaingan yang sihat membantu mengangkat martabat bidang fotografi di mata pelanggan.

Akhir sekali, terima kasih kepada pelanggan kami yang terlalu ramai - tak mampu disenaraikan di sini, kerana andalah sebenarnya pihak yang berhak meneliti dan menilai hasil kerja kami, dalam masa yang sama memeriahkan dan mewarnai dunia fotografi ini.

Akhir kata, ini adalah entry penutup untuk fotopages ini. Sekian.

azhar m. ali a.k.a. deth



Gambar berikut adalah gambar pertama diupload semasa permulaan entry fotopages ini.


Wednesday, 6-Sep-2006 17:32 Email | Share | | Bookmark
Lost World, Sunway City

 
 
 
View all 13 photos...





...decisive moment???..





Thursday, 20-Jul-2006 16:52 Email | Share | | Bookmark
MP's Blackroom

 
 
 




Sunday, 16-Jul-2006 16:18 Email | Share | | Bookmark
Adventure Series: Gunung Lang







Monday, 3-Jul-2006 16:18 Email | Share | | Bookmark
Cameron Highland Series (with Zack Petrofsky): Portraits

 
 
 
View all 40 photos...















[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net